ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Friday 16 November 2012

PENGIRAAN SECARA MENTAL

Definisi Pengiraan Mental

 Pengiraan Matematik yang dilakukan dengan menggunakan akal fikiran semata-mata tanpa bantuan alatulis dan alat mengira juga tanpa terikat kepada algoritma.

Ciri-ciri pengiraan mental 
  • nombor difahami sebagai suatu perkaitan antara kuantiti bukannya digit.
  • pengiraan yang kelihatan serupa boleh diselesaikan dengan menggunakan pelbagai strategi.
Kelebihan pengiraan mental
  • murid dapat memahami perkaitan nombor dengan lebih baik.
  • murid dapat memahami nilai tempat dengan lebih kukuh.
  • murid lebih yakin terhadap nombor dan sistem nombor.
Menyatakan hasil tambah dua nombor secara membilang terus
  • membilang terus dari mana-mana nombor  contoh: 4 + 8, bilang terus dari 4 atau 8
  • membilang terus dari nombor yang lebih besar, contoh : 4 + 8, bilang terus dari 8.
 

Penggunaan gandaan 10, 100 dan 1000
Contoh:
            40  +  58     =  40 + 50 + 8 
            25  +  36     =  20 + 5 + 30 + 6
                               =  20 + 30 + 5 + 6
            560  +  250 =  500 + 60 + 200 + 50
                               =  500 + 200 + 50 + 10 + 50
                               =  500 + 200 + 100 + 10

No comments: