ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Wednesday 12 December 2012

 
MENGINGAT SIFIR DENGAN LEBIH MUDAH
 
SIFIR 2
1) tulis lima nombor pertama sifir 2, iaitu 0   2   4   6   8
2) separuh daripada 2 ialah 1, jadi
3) tulis 1 dihadapan nombor tersebut, jika dihadapan nombor tersebut ada nombor, tambahkan kedua-dua nombor itu.
4) dan hasilnya.....
 
0    2    4    6    8
 
10   12   14   16   18
 
 
SIFIR 4
 
1) tulis lima nombor pertama sifir 4, iaitu 0   4   8   12   16
2) separuh daripada 4 ialah 2, jadi
3) tulis 2 dihadapan nombor tersebut, jika dihadapan nombor tersebut ada nombor, tambahkan kedua-dua nombor itu.
4) dan hasilnya.....
0     4     8     12    16
 
20   24   28   32   36
 
 
SIFIR 6
 
1) tulis lima nombor pertama sifir 6, iaitu 0   6   12   18   24
2) separuh daripada 6 ialah 3, jadi
3) tulis 3 dihadapan nombor tersebut, jika dihadapan nombor tersebut ada nombor, tambahkan kedua-dua nombor itu.
4) dan hasilnya.....
0     6    12    18    24
30    36    42    48    54
 
SIFIR 8
1) tulis lima nombor pertama sifir 8, iaitu 0   8   16   24   32
2) separuh daripada 8 ialah 4, jadi
3) tulis 4 dihadapan nombor tersebut, jika dihadapan nombor tersebut ada nombor, tambahkan kedua-dua nombor itu.
4) dan hasilnya.....
0    8    16    24    32
 
 
40    48    56    64    72
 
 

CARA MUDAH MENDARAB
 
Selamat mencuba......
 
Mari cuba cara lain untuk mendarab...
 
 

Friday 16 November 2012

PENGIRAAN SECARA MENTAL

Definisi Pengiraan Mental

 Pengiraan Matematik yang dilakukan dengan menggunakan akal fikiran semata-mata tanpa bantuan alatulis dan alat mengira juga tanpa terikat kepada algoritma.

Ciri-ciri pengiraan mental 
  • nombor difahami sebagai suatu perkaitan antara kuantiti bukannya digit.
  • pengiraan yang kelihatan serupa boleh diselesaikan dengan menggunakan pelbagai strategi.
Kelebihan pengiraan mental
  • murid dapat memahami perkaitan nombor dengan lebih baik.
  • murid dapat memahami nilai tempat dengan lebih kukuh.
  • murid lebih yakin terhadap nombor dan sistem nombor.
Menyatakan hasil tambah dua nombor secara membilang terus
  • membilang terus dari mana-mana nombor  contoh: 4 + 8, bilang terus dari 4 atau 8
  • membilang terus dari nombor yang lebih besar, contoh : 4 + 8, bilang terus dari 8.
 

Penggunaan gandaan 10, 100 dan 1000
Contoh:
            40  +  58     =  40 + 50 + 8 
            25  +  36     =  20 + 5 + 30 + 6
                               =  20 + 30 + 5 + 6
            560  +  250 =  500 + 60 + 200 + 50
                               =  500 + 200 + 50 + 10 + 50
                               =  500 + 200 + 100 + 10

Kenali Pemilik & Penulis Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca disini.

Saya Wan Salina Bt. Wan Hussin merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah (Matematik), Universiti Pendidikan Sultan Idris, PPG PJJ Ambilan Februari 2012, tugasan KRT 3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah, tutor saya Pn. Asmara Bt. Alias. No. Matrik saya D20112054932.



Saya berharap dengan wujudnya blog Pengajaran dan Pembelajaran Matematik ini dapat membantu rakan- rakan dalam menyelesaikan masalah- masalah pembelajaran serta menjalinkan ukhwah sesama kita.

Insya-Allah.